Saturday, October 15, 2011

Fakta Perlu Tau : 10 Makanan Terbaik Untuk Lelaki

Assalamualaikum korang...
haaa... td xurra post pasal 5 makanan terbaik untuk wanita kan... kali ni xurra share dgn korang pasal 10 makanan terbaik utk lelaki...

*aik, apsal 10??? td perempuan 5 je... haihh,, ini tidak adil! ini boleh menimbulkan kemarahan!!*

sabar3... walaupun terlebih 5 je tp semuanya tetap bermanfaat... xde niat pun xurra nak buat pilih kasih gender dan kalau ada masa xurra akan carik lagik 5 makanan terbaik utk wanita okay... biar fair... hehee~ mcm orang perempuan jugak, org lelaki pun kena jaga tubuh badan juga...

yelah kan, org lelaki kene guna byk tenaga dan ade byk tugas dlm hidup mcm jadi suami dan ayah kepada anak2... tugas berat tuu... lagipun org lelaki kalau pasal mkn jaranglah nk cerewet2 bagai... main bantai je... tp xtau ade khasiat ke tidak.. jadi, untuk mereka yg nak kekal sihat, xurra senaraikan 10 makanan yg inshaAllah sesuai dan terbaik utk lelaki...

*so guys, please take note... mana tau korang boleh berdiet jugak dgn makan mknn ni nnti ke.. *

10 makanan tersebut ialah :

1. Tiram


Menurut Dave Grotto, RD, jurucakap American Dietetic Association, "Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kandungan zinc dalam tiram dapat melindungi tubuh dari kerosakan sel yang membawa kepada kanser prostat." Selain itu, "Zinc juga berfungsi dalam sistem reproduktif seksual lelaki termasuklah dalam peningkatan jumlah sperma." kata Grotto.

Namun begitu, menurut Grotto, "anda harus berhati-hati apabila memakan tiram mentah kerana anda dapat berisiko mendapat jangkitan Vibrio vulnificus."

Selain itu, pesakit yang menderita penyakit hati, diabetes mellitus, rheumatoid arthritis, dan kegagalan buah pinggang berfungsi, serta pengamal minuman beralkohol harus berhati-hati mengamalkan memakan tiram kerana ia boleh meningkatkan risiko yang lebih besar kepada penyakit mereka.
Untuk itu, beliau mengesyorkan untuk mengambil tiram dengan sukatan 11 mm setiap hari, sekiranya anda juga mengambil makanan kerang jenis lain, daging lembu tanpa lemak, atau kekacang.

2. Pisang


Pisang memiliki sumber tenaga yang tinggi dan kaya kandungan potassium yang diperlukan untuk mengatur saraf, denyut jantung, terutamanya tekanan darah. Diet yang kaya dengan potassium dan magnesium (yang terdapat dalam pisang) dapat mengurangi risiko strok.
Sebagai sumber vitamin B-6, pisang juga dapat membantu sistem kekebalan tubuh, membentuk sel darah merah, memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik, dan membantu metabolisme protein.
Jadi nikmatilah pisang setiap hari, sewaktu sarapan atau sebelum bersukan. Bagi yang bukan penggemar pisang bolehlah mencuba jus oren, susu, tomato, dan kekacang yang juga baik untuk diet yang kaya dengan potassium.

3. Ikan yang mengandungi Omega-3


Tidak ada jenis makanan sihat yang lengkap tanpa lemak yang mengandungi omega-3. Lemak tak tepu (Unsaturated fats) adalah lemak yang penting bagi tubuh kerana bermanfaat bagi jantung, peredaran darah, sistem kekebalan tubuh dan mengurangkan risiko kanser prostat.
"Lemak Omega-3 adalah makanan anti-inflamasi yang dapat membantu menurunkan triglycerides dalam lemak, mengurangkan rasa sakit dan kesakitan pada atlet, dan membantu penyembuhan artritis," kata Joy Bauer, MS, RD, pakar nutrisi dan penulis buku Joy Bauer’s Food Cures.
Persatuan Hati Amerika sendiri mengesyorkan setiap orang untuk memakan ikan berlemak (salmon, sarden, tuna, mackerel, herring) dua kali seminggu, kerana kaya dengan asid amino dan omega-3.
"Lemak ikan juga merupakan sumber nutrisi vitamin D yang baik, untuk mencegah kanser, diabetes tahap 2, tekanan darah tinggi dan penyakit tulang," kata Bauer.

Namun, untuk mendapatkan protein omega-3 selain dari protein haiwan, anda juga boleh mendapatkan dalam makanan lain seperti minyak sayuran, kacang walnut, kacang soya, minyak zaitun dan produk telur.

4. Brokoli


Sayuran brokoli sangat membantu mencegah penyakit jantung dan kanser. Brokoli penuh dengan vitamin C, beta-karoten, potassium, dan phytochemical yang disebut sebagai sulphoraphane,(antikanser prostat dan kolon @ usus).
Sayuran hijau sangat berkhasiat ini juga dapat membantu menurunkan kadar homocycteine, asod amino yang berkait dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan strok. kalau anda tak suka brokoli, anda boleh mencuba sayuran yang lain seperti kubis cina, kobis, kobis bunga, atau kobis Brussel.

5. Kacang Brazil



Menurut Bauer, kacang Brazil mengandung selenium dan magnesium. Kedua jenis nutrisi ini merupakan antioksidan yang mampu mencegah kanser hati dan melindungi kesihatan prostat. Selain itu, orang-orang yang berdiet yang mengamalkan makanan yang kaya selenium akan mengalami penurunan risiko kanser. Selenium juga membantu menurunkan LDL atau "kolesterol buruk" dan mengurangkan masalah pembekuan darah dan penyakit jantung.

Orang dewasa juga disarankan untuk mengambil 55 mikrogram selenium setiap hari dari kacang Brazil, kacang kering-panggang, ayam belanda (ayam turkey), tuna, atau kerang. Meskipun dos pengambilan harian selenium anda dapat dipenuhi dalam satu kacang Brazil, Bauer memperingatkan juga agar tidak memakan lebih dari dua kacang Brazil sehari kerana mengandungi banyak selenium yang dapat menyebabkan anda overdose.

6. Bijirin penuh (whole grain)

"Diet yang kaya bijirin penuh mengandungi serat, vitamin, mineral yang menyokong kesihatan jantung, membina otot, dan menjaga lingkaran pinggang kecil," kata Christine Gerbstadt, dari American Dietetic Association.
Menurut Gerstadt, makanan seperti oatmeal mengandungi serat yang larut dalam tubuh, selain mengandungi vitamin B yang dapat membantu menurunkan LDL dan baik untuk prostat.

Disyorkan untuk mengambil 10-25 gram serat setiap hari, sama ada darioada oatmeal atau sumber lain seperti epal, buah pear dan kacang. Perlu diingat, ketika membeli produk bijirin, carilah produk yang mengandungi sekurang-kurangnya 3-5 gram serat untuk satu jumlah makanan.
Untuk mengelakkan daripada masalah pencernaan, cubalah untuk meningkatkan pengambilan serat anda secara berperingkat,dan jangan lupa minum banyak air putih.

7. Sterol tumbuhan


Sterol adalah zat semulajadi dalam buah-buahan dan sayuran yang telah terbukti menurunkan kadar kolesterol. Banyak makanan yang kini telah difortifikasi (ditambahkan) dengan sterol seperti mentega, yogurt, jus oren, dan coklat granola.

coklat granola


"Setiap hari lelaki harus mengambil 2 gram sterol tumbuhan yang ditambah makanan jenis lain untuk membantu menghalang penyerapan kolesterol dalam usus," kata Farrell.
Farell menyarankan mengambil 2-3 sendok teh sterol atau 16 auns (gram) jus oren yang diperkaya sterol setiap harinya, kerana sterol digunakan sebagai penurun kadar kolesterol.

8. Kacang Soya


Menurut Gerstadt, kacang soya kaya dengan isoflavones, yang melindungi kesihatan prostat dan telah terbukti menurunkan risiko kanser prostat. "Menurut penyelidikan baru-baru ini, memakan 25 gram kacang soya atau sekitar 1 auns (gram) protein kacang soya setiap hari membantu menurunkan kolesterol," ujar Farrell.

FDA sendiri telah menyetujui tuntutan kesihatan oleh label makanan yang menyatakan mengambil 25 gram protein kacang soya setiap hari merupakan sebahagian dari diet rendah lemak tepu dan kolesterol yang dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Sebab itu, tidak ada salahnya mencuba makan beberapa produk soya setiap hari, seperti kacang soya, susu soya, keju soya, tauhu atau tempe.

9. Buah berry dan cherry



Semua jenis buah cherry pelbagai warna seperti, ungu, biru, dan warna merah sangat baik bagi kesihatan kerana mampu melindungi flavonoid dan antosianin.Buah cherry mengandungi lebih dari 4000 campuran berbeza yang memiliki sifat antioksidan melebihi vitamin C. Menambahkan berry dalam menu diet membantu memlambatkan penurunan fungsi otak yang berlaku akibat proses penuaan.

10. Sayuran yang berwarna merah dan oren
lada benggala - contoh sayuran yang berwarna merah

lobak merah - contoh sayuran yang berwarna oren

Vitamin C dan beta-karoten adalah antioksidan yang membantu melindungi sel-sel kulit yang sihat dan mencegah pengoksidaan (oxidation) dari matahari.
"Vitamin C terlibat dalam menghasilan kolagen. Beta-karoten menukar ke bentuk aktif vitamin A, yang membantu untuk memperbaiki sel-sel kulit," kata Bauer.

Bauer mengesyorkan pengambilan semua nutrisi itu dari cili benggala merah (setiap buah mengandung 300% vitamin C dari jumlah yang diperlukan oleh tubuh), lobak merah, labu, atau ubi keledek.

Menurut penelitian The American Journal of Clinical Nutrition, selain sayuran yang telah disebutkan di atas, masih ada beberapa sayuran utama yang harus diambil oleh lelaki (dan wanita), iaitu sayuran berwarna gelap, berdaun hijau dan sayuran kaya dengan nutrisi lain supaya dapat membantu mengurangkan risiko meningkatnya kanser prostat.

Selain itu, lelaki yang mengamalkan diet yang kaya dengan nutrisi dalam sayuran yang mengandungi vitamin C, beta-karoten dan potasium menyebabkan risiko pembesaran prostat menjadi lebih kecil.

haaa... amacam orang lelaki?? kalau nak kekal sihat amalkan pemakanan mcm ni.. tp kalau amalkan mestilah seiring dgn exercise... sbb kalau mkn tp x exercise x guna jugak kan...

okaylah, cukup laa kot utk hari ni... ade mase xurra post info2 menarik lagi k... selamat menjalani hidup yang sihat wahai kaum adam... :)

wassalam.. :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...