Saturday, October 15, 2011

Fakta Perlu Tau : 5 Makanan Terbaik Untuk Wanita

Assalamualaikum korang...

Hari ini dlm sejarah kerana xurra dh mencatat hatrik ! (3 entries in 1 day) ...
*tepuk tangan utk diri sendiri... weeehuuuu~*

okay la.. td xurra share info pasal bawang putih... kali ni xurra nk share info pasal 5 makanan terbaik untuk wanita... so ladies, be prepared for some suprises & please take a note... :)

mcm yg biasa kita tau kan org perempuan mmg terkenal dgn word 'diet'... jaranglah kite nk dgr org lelaki diet....
*kalau kite dgr n tau pun kite tibe2 rse nk gelak... hahaaa~*
so, mcm2 laa yg org perempuan buat utk stay slim n stay healthy.. smpaikan sanggup berhabis duit beli pill kurus, makan pills, terpaksa ikat perut smpai skinny mcm poor somalian yg miskin n pergi slimming centre..
tp tahukah anda ada 5 makanan yg inshaAllah akan menjamin body anda kekal langsing dan paling penting kekal sihat..

5 makanan tersebut adalah :

1. Tomato

Menurut suatu penyelidikan, tomato mengandungi lycopene, iaitu kandungan yang sangat penting bagi para wanita untuk mencegah berbagai penyakit seperti kanser payudara, kanser pangkal rahim (serviks) dan serangan jantung. Tiga penyakit yang sangat menakutkan dan mematikan bagi wanita. Tomato juga mengandungi sedikit kalori, sehinggakan para wanita yang sedang menjalani proses diet sangat digalakkan untuk mengambil tomato.

2. Ikan Salmon


Ikan Salmon adalah ikan yang sangat berkhasiat bagi kesihatan tubuh terutamanya kepada wanita. Ikan ini mengandungi beberapa zat yang sangat penting seperti Omega-3 yang memiliki banyak khasiat yang tersendiri, protein yang tinggi serta bebas lemak sehinggakan para wanita yang sedang menjalani proses diet tidak perlu khuatir untuk mengambil Ikan Salmon sebagai sajian mereka. Bagi yang sedang mengandung, ikan ini sangat sesuai untuk diamalkan kerana mengandungi minyak yang dapat menyihatkan janin.

3. Jus Cranberry

Penyakit yang paling sering dialami oleh para wanita adalah jangkitan pada saluran kencing, apalagi wanita yang terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga ataupun wanita yang sibuk dengan urusan pejabat sehingga sering menahan kencing. Penyakit ini dapat diubati dengan mengambil vitamin C dalam jumlah yang banyak. Buah Cranberry adalah salah satu buah yang banyak mengandungi vitamin C serta memiliki antioksida sehingga wanita digalakkan untuk meminum Jus Cranberry.

4. Yogurt



Yogurt adalah makanan berasaskan produk tenusu yang memiliki rasa yang agak asam namun segar. Yogurt memiliki protein yang tinggi serta kalori dan rendah lemak sehinggakan yogurt menjadi salah satu makanan kegemaran para wanita. Manfaat dari yoghurt ini antara lain ialah dapat membuat tekanan darah menjadi normal serta paras gula darah menjadi tidak terlalu tinggi. Anda pun boleh terhindar dari pelbagai jenis penyakit.

5. Kacang Walnut
Kacang walnut mengandungi Omega-3 dan antioksida yang tinggi. Memakan 55 gram walnut setiap hari akan mengurangkan risiko terkena penyakit seperti kanser atau tumor. Selain itu, walnut juga memiliki protein yang tinggi sehingga para wanita dapat mengelakkan diri dari penyakit rapuh tulang yang sering melanda wanita.

Ternyata makanan-makanan di atas sangat bermanfaat bagi kesihatan wanita dan sangat bermanfaat bagi yang sedang menjalani proses diet, dapat mencegah berbagai penyakit kronik seperti kanser dan jantung.
So, ladies.. ayuh, ubah pemakanan kita ke arah yg lebih sihat...

okaylaa... ckup dlu smpai sini... nnti ade info & facts yg menarik xurra akan post kt sini okay...
selamat menjalani hidup yg sihat wahai kaum hawa... :)

wassalam... :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...