Saturday, October 15, 2011

Fakta tentang bawang putih

gambar ehsan encik google image

Assalamualaikum readers..

hari ni, meh kita lengkapkan sikit ilmu di dada dgn fun facts... pasal ape?? pasal GARLIC... sebenarnya salah 1 fav. food xurra adalah garlic... xtau laa nape suke sgt makan garlic... kalau sesetengah org mesti reject habis dh.. huhuu~ tp xurra sure bile sebut pasal garlic msti ramai gile yg akan ckp :

"huhhh?? garlic..?? euwwwwwwwww~..."
" yekkk!! gelinye garlic nih... busuk!!!!!''


gambar ehsan google

haaaa... itulah antara ayat2 yg spontan akn kuar dr mulut korang... kankankankan??? ataupun bila sebut pasal garlic mesti otak korang automatik teringat edward cullen jadik vampire dlm citer twilight kan... yelah, kalau nk halau vampire mesti org kata kena halau pakai bawang putih... hehee~

orang kata edward cullen hensem... tp bg aku... ermmmm... biase2 je... hehee~
(gambar ehsan encik google image)

meh tmbh info dgn bace fakta ni...

Amaran: harap maklum, entry kali ini agak panjang.. jadi, sediakan plastik dan minyak angin cap kapak di sebelah anda untuk mengelakkan diri daripada muntah bawang putih... hehee~ =P

Bawang putih dapat membantu mengubati tekanan darah tinggi atau yang biasa disebut dengan hipertensi. (hasil penyelidikan terbaru para peneliti di Universiti Adelaide, Australia) Penyelidikan tersebut melibatkan 50 pesakit yang memiliki masalah dengan tekanan darah tinggi. Para pesakit itu kemudian diberikan suplement bawang putih satu kapsul setiap hari. Setelah 12 minggu, para pesakit mempunyai tekanan darah lebih rendah dari sebelumnya.

Bukan sahaja baik untuk menurunkan paras tekanan darah, penyelidikan ini juga tlh mengenalpasti kegunaan lain daripada bawang putih.
Bawang putih ternyata terbukti dapat menurunkan paras kolesterol.

Tanaman ini boleh digunakan sebagai ubat herba . Dibawah ini terdapat beberapa khasiat bawang putih :

1. Diabetes : Kerana bersifat hipoglikemik, penggunaannya sesuai mengikut keperluan dari setiap pengguna.

2. Menurunkan kolesterol dalam darah, kerana bersifat hipolipidemik.


3. Mengurangkan penurunan fungsi otak dan sistem kekebalan tubuh.


4. Membantu melambatkan proses penuaan, dan mengurangkan pertumbuhan sel kanser.

5. Mengurangkan stress.

6. Mengandungi vitamin A

7. Mengandungi vitamin B.

8. Mengandungi vitamin C.

9. Mengandungi Potasium.


10. Mengandungi Kalsiu
m.

11. Terdapat juga zat anti oksida iaitu karoten dan selenium.


12. Penggunaan 2 – 3 ulas bawang putih dapat mencegah penyakit jantung.

14. Mengurankan rasa sakit tekak.


15. Meningkatkan Insulin dalam darah.

16. Membunuh radikal bebas yang berbahaya bagi tubuh.

17. Sebagai zat detoxifier (anti racun), untuk melindungi tubuh dari pelbagai penyakit.

18. Menambahkan selera makan bila dimakan dalam keadaan segar.

19. Meningkatkan stamina tubuh.


20. Berkhasiat sebagai anti mikrob, anti trombotik,anti arthritis, dan sebagai zat anti tumor.

21. Bila diamalkan secara rutin, bawang putih mampu meningkatkan panas tubuh dan memiliki kesan positif pada hormon-hormon seksual Anda.

22. Bawang putih juga berfungsi untuk melawan sel kanser.

Berbagai penyelidikan memang me
nunjukkan kemampuan bawang putih dalam mencegah dan mengubati kanser, terutamanya yang disebabkan oleh bahan-bahan kimia berbahaya, seperti kanser prostat, perut, kolorektal (usus dan dubur), payudara, hati, kulit, dan paru-paruZat-zat aktif dalam bawang putih seperti vitamin A, B, C, kalsium, potasium, besi, karoten, dan selenium.
Tetapi zat yang paling utama dalam melawan kanser adalah komponen allyl sulphur seperti diallyl sulphide, diallyl disulphide, diallyl trisulphide, S-allyl cysteine, S-allylmercaptocysteine, allicin, dan ajoene. Zat-zat tersebut mencegah pembentukan dan pengaktifan nitrosamin di dalam tubuh, juga menghalang aflatoxin, azoxymethane, benzo(a)pyrene, dan lain-lain, yang kesemuanya merupakan zat karsinogen (pencetus kanser).

Selain itu, komponen-komponen tersebut dapat mencegah mutasi gen, menghalang proliferation (pertumbuhan/pembelahan) sel-sel kanser, memperbaiki struktur DNA yang rosak, bahkan merangsang sel kanser untuk dihapuskan(apoptosis).

23. Di samping itu, bawang putih juga berperanan sebagai antioksida, iaitu mengeluarkan racun dari dalam tubuh, dan membunuh kuman Helicobacter pylori yang dapat men
cetuskan kanser perut.

Cara Pengambilannya :
  • Zat-zat aktif bawang putih bergantung kepada banyak aspek, misalnya tanah di mana bawang putih itu ditanam (mempengaruhi kadar zat-zat aktif bawang putih), komposisi zat makanan lain yang diambil bersama bawang putih juga perlu mengikut kadar yang tepat.
  • Kombinasi antara selenium dengan asid lemak tertentu (seperti asid linoleat), dan vitamin A, dapat meningkatkan kemampuan bawang putih untuk mengurangkan proliferasi dan meningkatkan apoptosis.
  • Tetapi perlu diingat bahawa proses pengolahan bawang putih dapat mematikan khasiat zat-zat antikanser itu. Walaupun 1 minit saja dimasukkan dalam ketuhar gelombang mikro, maka hilanglah khasiat bawang putih sebagai antikanser.
Begitu juga kalau dipanaskan dalam proses memasak yang lain.
  • Caranya ialah hancurkan bawang putih (digeprak, dihiris nipis, atau diuleg)
*aku tak tau maksud geprak dan ulek... * ==''
kemudian biarkan selama 15 minit sebelum dimasak (digunakan sebagai bahan masakan). Dalam waktu 15 minit akan berlaku tindak balas kimia yang mengaktifkan zat-zat antikanser iaitu kumpulan elemen allyl sulphur seperti di atas, yang tidak akan rosak walaupun dimasak. Tetapi kalau telah dihancurkan dan terus dimasak, tindak balas kimia tidak akan terjadi, dan secara automatik khasiat antikansernya akan hilang. Kita juga boleh makan bawang putih secara mentah tetapi tetap juga dihancurkan dulu dan dibiarkan selama 15 minit. Bahaya Bawang Putih : walaupun bawang putih mempunyai khasiatnya yang tersendiri tapi bawang putih turut ada bahayanya tersendiri sekiranya tak diambil secara betul.
  • Dos yang disarankan untuk pengambilan bawang putih adalah 4-5 gram bawang putih segar/hari (kira-kira 1-2 ulas). Tetapi Kalau diambil terlalu banyak, akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan pada nafas dan kulit, kadangkala menimbulkan alahan, gangguan sistem pencernaan (muntah, cirit-birit, gatal-gatal, penghasilan gas berlebihan)
*maksudnya kentut laaa... huhuu*
asthma , dermatitis, mengurangkan kadar protein dan kalsium dalam darah,
juga mengurangkan jumlah sperma.
<<< (orang lelaki wajib baca ! haha~ )
  • Terlalu banyak makan bawang putih juga akan meningkatkan risiko pendarahan kerana tidak mampu mencegah pembekuan darah. Sebab itu pada pesakit yang hendak atau baru saja menjalani pembedahan, pengambilan bawang putih seboleh-bolehnya dihadkan.
  • Bawang putih juga meningkatkan kerja enzim-enzim dalam hati untuk membuang racun dari dalam tubuh. Pada orang sihat kelebihan ini adalah sangat bermanfaat, tetapi berhati-hatilah, ia juga boleh membuang ubat-ubat yang anda telan dan rawatan kemoterapi . Rawatan anda akan menjadi sia-sia. Sebab itu, kalau anda ingin menambah pengambilan bawang putih atau menggunakan produk suplemennya, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Nota kaki : Bawang merah dan bawang bombay juga berfungsi antikanser, proses memasaknya adalah sama dengan bawang putih.
Bawang Bombay
(Gambar ehsan encik google image )


haaa... amacam, nak try makan bawang putih x lps ni... try laa dlu baru tau... lagipun biasanya mknn yg bau busuk2 ni laa yg byk khasiat tau...
okaylah, cukup dlu smpai sini.. kalau ade fakta menarik, xurra share kt sini okay... slm sayang buat korang...
wassalam.. :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...